GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 1 Februari 2011

Ops Sikap 23: Kematian pengguna motosikal tertinggi


KUALA LUMPUR — Pengguna motosikal mencatatkan jumlah kematian paling tinggi iaitu sebanyak lima kematian pada hari keempat Ops Sikap ke-23 yang bermula Khamis lepas.

Merujuk kepada statistik laman web Polis Diraja Malaysia, selain daripada pengguna motosikal, tiga lagi yang maut melibatkan pengguna kereta.

Sementara itu, sebanyak 1,386 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 616 kes diikuti jalan persekutuan (290), jalan negeri (226), lebuh raya (180) dan 74 kes lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 12,451 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap ke-23 dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina bagi mendidik pengguna memandu secara berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan.

Operasi itu akan berakhir 10 Feb ini. — Bernama

* Sumber koSmo

*** Masih lagi motorsikal mendahului tempat pertama dalam kemalangan Jalanraya..


7 Merujuk kepada perkara diatas :

::FAIZ:: 1 Februari 2011 pada 4:42 PTG  

sbb tu mak aku tak nak aku beli Motor . hahahaha

zulkbo 1 Februari 2011 pada 7:16 PTG  

salam..
tu dia kalau tak
guna baju tu rasanya
parah dah penunggang
motor lumba tu yak..
yang mati ler nih
sebab pakai helmet
murah punya pasei

SyuQ 1 Februari 2011 pada 8:52 PTG  

sejak dilancarkan dan diperkenalkan, opps sikap memang merekodkan kemalangan yg tinggi. tapi tanpa ops sikap pun kemalangan tetap terjadi.

ILA HonEyBuNNy 1 Februari 2011 pada 9:06 PTG  

fobia lak dengar motosikal...sebab dulu pernah xcident naik motosikal....sebab tu sekarang naik kereta ja..heheh

dyana nana 1 Februari 2011 pada 10:29 PTG  

rase cm takowt la plak nk bwk moto..
mne la tawu malang x berbau kan...
ermm...

Hairun Azmi 1 Februari 2011 pada 11:36 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hairun Azmi 1 Februari 2011 pada 11:37 PTG  

Nak naik bas ekspress bahaya...nak naik motor pun bahaya jugak...


Tempah isteri melalui laman web

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP