GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 24 Mac 2011

Erra Fazira Tepis Gosip Suami Kahwin Lain


* Erra Fazira


PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.

"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.

"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.

Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi..

* Sumber mStar

*** Sudah ada bunga bunga cerita.. memula memang gosip gosip dahulu..



13 Merujuk kepada perkara diatas :

Zura Tahir 24 Mac 2011 pada 12:26 PTG  

member pnah cakap...biasenye kalau gosip bende tue jd benar...hehe...tp xthlah...

abadi romeo 24 Mac 2011 pada 12:59 PTG  

aku dah lama beratur lama tunggu Era kembali solo....orang lain lama dah blah..tinggal aku sorang2...Awie pun lari...

kakmelor 24 Mac 2011 pada 2:00 PTG  

gosip ni mcam doa pulak..lama2 jdi benar..tpi mintak2 jngn lah..

Aku Anak Pahang 24 Mac 2011 pada 2:52 PTG  

Mmg geng ini suka lekat cabut gitulah.

Yunus Badawi 24 Mac 2011 pada 2:57 PTG  

kalau golongan artis ni kita tahu samada mereka bercakap benar atau tidak. Kadang2 beriya2 nafikan, tapi tak lama lepas tu ternyata benar.

Siti Hajar Masri 24 Mac 2011 pada 3:19 PTG  

bini lawa laki cr lain..rugilah..

Granny Hani 24 Mac 2011 pada 3:21 PTG  

Kita doakan rumah tangga kita walau tak sehebat mereka tapi biarlah kekal hingga akhir nyawa..

Tanpa Nama ,  24 Mac 2011 pada 3:50 PTG  

laki dia tu ada 3 lg kuota kosong yg nk diisi

::FAIZ:: 24 Mac 2011 pada 4:22 PTG  

kenapa rambut dia cam tu. tak lawa

Unknown 24 Mac 2011 pada 4:22 PTG  

teringat awek lama bila tengok era

saharul 24 Mac 2011 pada 4:24 PTG  

kalo takde angin makakan pokok bergoyang kecuali ade beruk atasnyer...

Ateh Nour 24 Mac 2011 pada 4:28 PTG  

Sallam,
Kata orang tak ada angin,
pohon tak kan bergoyang,
Walau bagaimanapun gosip boleh menyusahkan orang lain, jauhilah.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP