GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 19 April 2011

Akhbar masih relevan dalam carian maklumat


KUALA LUMPUR 18 April — Fenomena pencarian maklumat menggunakan media baru tidak menggugat peranan surat khabar malah ia masih menjadi antara medium penyebaran maklumat paling popular di perpustakaan.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar berkata keadaan itu jelas menunjukkan surat khabar masih lagi relevan dan penting dalam pencarian maklumat.

"Berdasarkan kepada maklumat diperolehi, didapati ramai yang lebih gemar membaca versi bercetak. Ini kerana, berita-berita online tidak memaparkan semua berita yang ada.

"Jadi, surat khabar merupakan bahan maklumat yang lengkap dan disebabkan itulah ia menjadi rujukan pertama di perpustakaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai 'International Federation of Library Associations and Institutions (Ifla) International Newspaper Conference' di sini, hari ini.

Raslin berkata, koleksi surat khabar sebanyak 547,803 merangkumi 94 judul dalam pelbagai bahasa yang disimpan dalam format asal di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan rujukan penting buat golongan penyelidik, pelajar dalam pencarian maklumat walaupun ada media baru.— Bernama

*** Memang masih relevan.. sudah baca akhbar online.. mesti kena mau beli lagi sekurang kurang 3 akhbar tiap tiap hari..


2 Merujuk kepada perkara diatas :

ummu 19 April 2011 pada 8:18 PG  

memang akhbar masih releven kan bro

Kidney Expert 19 April 2011 pada 8:10 PTG  

Cuma diharapkan biarlah berita yang disampaikan diakhbar bersifat telus dan adil.Jangan menjadi seperti tali barut sesetengah pihak.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP