Guru didenda RM2,000 kerana cederakan guru besar
Atas kesalahan 4 tahun lalu maka dapat lah hukuman.. kisah melawan tokey ni..
ALOR SETAR 27 April - Seorang guru didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan guru besar, empat tahun lalu.
Majistret Norazah Idris turut memerintah Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Norazman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halim Saad, 52, dengan menumbuk muka dan menyepak pahanya di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.30 pagi pada 20 Disember 2006.
Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - * Sumber Utusan
3 Merujuk kepada perkara diatas :
nasib.....ajaran turun kepada anak murid
bukan macam nie nak selesaikan masalah. kedua pihak kena bertolak-ansur.
Molek juga jika di buat satu gelangang gusti kat sekolah tu hehehe...
Catat Ulasan