GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 April 2011

Guru ikat murid di kerusi digantung kerja

PERTH: Seorang guru di sebuah sekolah di sini digantung tugas, semalam selepas mengikat seorang murid lelaki berusia lima tahun di kerusi dengan tali skip sebagai hukuman kerana nakal.

Polis memberitahu akhbar West Australian bahawa mereka menerima laporan seorang guru perempuan menggunakan tali untuk menghukum kanak-kanak itu sebanyak dua kali di sebuah sekolah di timur bandar raya ini. Dia mengikat tangan kanak-kanak itu ke belakang kira-kira satu minit sebelum melepaskannya dan apabila murid itu menimbulkan masalah lagi, guru terbabit dikatakan mengikat kanak-kanak berkenaan di kerusi di sudut kelas selama lima minit.

Kenyataan akhbar turut mengatakan kakitangan lain yang menyaksikan insiden itu melaporkannya kepada polis yang kemudian meminta Jabatan Pendidikan supaya melakukan siasatan. “Itu cara yang tidak boleh diterima untuk menangani perangai murid,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Australia Barat, Sharyn O’Neil. - AFP

* Sumber

*** Selamat pagi Cikgu..



7 Merujuk kepada perkara diatas :

Yunus Badawi 21 April 2011 pada 8:38 PG  

Dari belajar dari cikgu yg di utara tu kot. ngeeee

Sharinginfoz 21 April 2011 pada 8:44 PG  

nak hukum kena cara yang betul

Dekcik 21 April 2011 pada 9:14 PG  

huhu..macam2..

entry terbaru singgah lah..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/kerana-cinta-kau-murtad-eh.html

::FAIZ:: 21 April 2011 pada 9:59 PG  

susah nak cakap, skang cikgu tertekan ngan murid gak

Aku Anak Pahang 21 April 2011 pada 11:04 PG  

Nape skg byk cikgu tak brpa cerdik... gamoknya tak cukup syarat mintak juga jadi cikgu pakai kabel ginielah gayanya :)

Miecyber 21 April 2011 pada 12:01 PTG  

Pening jadi cikgu nie...Saya rela jadi cikgu dari jadi anak murid...

Robot halus

Miecyber 21 April 2011 pada 12:03 PTG  

Komen kat atas tersalah taip...

Pening jadi cikgu nie...Saya rela jadi anak murid dari jadi cikgu



Robot halus

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP