GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 April 2011

Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar


* Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. - Bernama

* Sumber

*** Aiyaa..


15 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 7 April 2011 pada 9:52 PTG  

Budak tu x sgaja ke mmg nak tumbuk cikgu ter?
Beza anak murid zaman dulu dan skrg yek..

eelobor 7 April 2011 pada 9:59 PTG  

kawan dulu nak jeling pun tak berani. masih ingat lagi muka cikgu displin.... huhuhu

zulkbo 7 April 2011 pada 10:06 PTG  

salam..
apa kata kita pakat luku
sorang sekali kepala budak
tu..

AYuNG 7 April 2011 pada 10:12 PTG  

kesian cikgu tuh...

kalau ada pelajar cam tuh kat sekolah, rasanya pihak sekolah patut ambek tindakan keras terhadap pelajar tuh....

Mohamadazhan.com 7 April 2011 pada 10:18 PTG  

mmg budak2 biadap sekarang, mak ayah tahu antar anak suh cikgu jaga....ayo..

kakyongnida 7 April 2011 pada 11:52 PTG  

aduh budak2 zaman sekarang,,mcm2 perangai

Aida Ali 8 April 2011 pada 5:56 PG  

Nak mengadu tak ada ruang, sabar jelah..

Granny Hani 8 April 2011 pada 7:38 PG  

Petikan sajak Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

adele 8 April 2011 pada 7:38 PG  

dasyat2..apa nak jd lah..

Aku Anak Pahang 8 April 2011 pada 8:46 PG  

Sebab kita pernah bersekolah.. terkadang kerenah dan sikap cikgu sendiri bukannya semua betul huhuhuhu....

sahromnasrudin 8 April 2011 pada 9:07 PG  

ganas bebudak sekarang huhuhuhhh

Zura Tahir 8 April 2011 pada 9:30 PG  

ari tue kes cikgu bunuh anak murid nie kes murid plak tumbuk cikgu..dua2 kes kat perlis..erm..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP