GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 28 April 2011

Krisdayanti mohon maaf


KRISDAYANTI-RAUL LEMOS


JAKARTA: Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia.

Melalui kakaknya, Yuni Shara, KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum.

Penyanyi terkenal Indonesia itu yang melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan asal Timor Leste, Raul Lemos kira-kira dua bulan lalu, mengaku dia hamil empat bulan, minggu lalu.

Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.

“Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. “Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. “Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak,” kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.

Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.

“Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja,” ujar Yuni.

Dia juga mengaku menyangka KD semakin gemuk kerana banyak makan sebelum ini. “Saya melihat gambarnya bercuti selepas berkahwin. Saya menyangka dia semakin gemuk kerana makan. Tak sangka dia hamil,” katanya. - Agensi

* Sumber


11 Merujuk kepada perkara diatas :

hafiz 28 April 2011 pada 12:44 PTG  

Macam tak bersalah jer..
hadoi..

Aku Anak Pahang 28 April 2011 pada 12:54 PTG  

Waduh bisa jelek gitu... aku enggak ngerti dong ahh....

mdhafiz 28 April 2011 pada 12:55 PTG  

nak maaf buat apa..perkara dh jadi..balik rumah nangis dan bertaubat saja lah..

mcm ni lah 28 April 2011 pada 12:56 PTG  

ermmmmm no komen tapi komen gak kat sini ermmm

eelobor 28 April 2011 pada 1:55 PTG  

elok ler...byk2 bertaubat kepada Allah bukan tau buat jer

Nurul Ashikin 28 April 2011 pada 5:43 PTG  

apa la diorg nie~ sepatutyer diorg dh tau lagi yg berzina tu dah berdosa~ ke tak blaja agama? memalukan artis nie~

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP