GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 April 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

TEMERLOH 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya. - Bernama

* Sumber

*** Apo nak di kato..


20 Merujuk kepada perkara diatas :

Belog Sambal Belacan 11 April 2011 pada 4:54 PTG  

mak oiii smpi beribu-ribu.biaq btol...

Aku Anak Pahang 11 April 2011 pada 5:08 PTG  

Ada baiknya sebelum dimakan ditanya dulu regenya brape... jangan main bantai makan aje...

Cik Shinju 11 April 2011 pada 5:21 PTG  

Sib baik kena ke org berduit...

Syakilla kebebeh 11 April 2011 pada 5:23 PTG  

adehhh mahalnya...cam ne la kalo time tu x bawe banyak duit..~~

pacat 11 April 2011 pada 5:34 PTG  

tuan restoren nak kawin dua kot! budget tak cukup tu yang pow pelanggan yg nampak senang kena cekik!

Tanpa Nama ,  11 April 2011 pada 5:37 PTG  

nk kua kat atm pun tak blh kua rm13,000 sekaligus. ada kredit card nasib la baik. kalau tak ada? huu.

Yunus Badawi 11 April 2011 pada 5:57 PTG  

Dulu pun dah ada yg terkena. Mamat ni mesti tak baca kisah yg dulu tu.

Dah keluar kat blog ni, harap lebih ramai yg berhati2 kalau nak makan ikan patin di Temerloh ngeeeee

Tanpa Nama ,  11 April 2011 pada 6:05 PTG  

Harga paling tinggi penah aku dengar patin RM70 seketul. Kalau bantai 3-4 ketul sorang, sampai RM13000 kot. Biasanya tokei2 je yang mampu makan kat kedai tu. Nampak macam kedai biasa je, tapi makanan standard VIP. Bukan cekik darah, tapi memang camtu harga dia.

Tanpa Nama ,  11 April 2011 pada 6:19 PTG  

mak aih mahalnya...

amal 11 April 2011 pada 6:22 PTG  

ishhhh.... dahsyat betol ni. nasib ada duit nak membayarnye. kalo tak, terpaksala amik upah cuci pinggan mangkuk huhuhu...

eelobor 11 April 2011 pada 7:24 PTG  

kesian kawan tak kan sempat merasa sampai bila2 la gamaknyer....

saharul 11 April 2011 pada 8:01 PTG  

sedaknyer apabila tengah makan je, impaknyer....boleh beli kete second sebuah oiii

ozzy 12 April 2011 pada 12:03 PG  

baler..kita ikuti penjelasan dari tuan punya kedai pulak..

zulkbo 12 April 2011 pada 12:35 PG  

salam...
erpppp..mak aihhh..
koi berentilah makan ikan
patin cenggini gayanya..
:(

Tanpa Nama ,  12 April 2011 pada 12:17 PTG  

Yang kena pun YB, citer ni masa pilihanraya kerdau dulu(mengikut penyiasatan aku mlm tadi)

zulkbo, jangan gitu,boleh je mancing kt sg pahang tu, tak pun beli patin sangkar.

Tanpa Nama ,  12 April 2011 pada 12:17 PTG  

giler ar .... kalau kira kira sorang amik seketul dengan RM90 pun takder ler sampai belas ribu... kalau aku .. mmg aku suruh tokey kedai ni bagi detail bill... nak kena kan orang ker haper???

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP