GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 April 2011

Tak boleh tutup mulut lepas menguap


* SEBANYAK 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson.


KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.

Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.

Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.

Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi

*** Hari isnin ni mula nak menguap saja..


7 Merujuk kepada perkara diatas :

rafina mimi abdullah 11 April 2011 pada 8:22 PG  

mcm2 kes la..sensitif btl rahang ni kan..kadang2 kalau kita tiup belon pun terasa semacam je..

Nizam Awang Brahim 11 April 2011 pada 8:43 PG  

Jangan la nok nguak luas2.Setan berlumbe nok masuk mulut.

Miecyber 11 April 2011 pada 8:59 PG  

Dia sepatutnya menguap pada waktu rehat jer...

Tandas segera

Aku Anak Pahang 11 April 2011 pada 9:12 PG  

Moralnya, kita kena beradap juga kalau nak menguap nie... paling penting jangan buka mulut luas-luas :) menderu setan masuk :) sudah tak dapat nak kantup :)

Hajar 11 April 2011 pada 9:57 PG  

ada hikmah dia tu..tp hari ni memg asyik menguap je..:)

Nancypoh 11 April 2011 pada 10:30 PG  

rahang dia jammed..selalu menguap kot.

Cek's Zaitun Othman 13 April 2011 pada 10:38 PG  

tu la bila menguap nieyh sbaiknya tutup mulut..tapi kalu jdi lak..tpksa la tgn kena ptong..hurm!@#$%^&&*??

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP