GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 14 April 2011

Video : Budak empat tahun hisap rokok dalam kereta api


* LAMAN web Netease.com menunjukkan dua budak dipercayai berusia tiga dan empat tahun menghisap rokok di atas sebuah kereta api di China.

BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.

Dalam klip video tersebut, salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.

Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa.

Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.

Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. - Agensi

* Sumber

Video : -



*** Tu dia berasap...



11 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 14 April 2011 pada 8:34 PG  

Pengaruh org dewasa.. jadi ikutan budak-budak :(

Tanpa Nama ,  14 April 2011 pada 8:55 PG  

apa nk jdi budak2 sekarang nih

terokai seni 14 April 2011 pada 9:05 PG  

nak salahkan sapa ni... sila angkat tangan sapa merokok?

Sharinginfoz 14 April 2011 pada 9:44 PG  

Macam mana le kecil2 nak hisap rokok

nadira shahid 14 April 2011 pada 10:19 PG  

kesian nye, kecik2 dah jadi mcm ni.. hopefully umo die pnjg ;)

RHI 14 April 2011 pada 12:10 PTG  

dah abis pikir, nak hisap apa tu...tu je yg terlintas

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP