GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 22 April 2011

Video : Filem porno 3D atasi Avatar


HONG KONG: Sebuah filem Hong Kong yang dianggap filem porno 3D pertama di dunia memecahkan rekod box office yang sebelum ini dicatatkan oleh filem Hollywood, Avatar.

‘3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy’ mencatatkan jualan tiket berjumlah HK$2.8 juta (RM1.08 juta) pada hari pertama tayangannya minggu lalu, mengatasi filem epik sains fiksyen arahan James Cameron yang mencatatkan jualan tiket sebanyak RM1.01 juta.

Peminat filem dari seluruh latar belakang kehidupan, pekerja pejabat, pesara dan pelajar, berbaris panjang di luar pawagam di Hong Kong pada hari pertama tayangan, untuk menonton filem itu.

Dengan berdasarkan kesusasteraan erotik klasikal Cina, filem berbahasa Kantonis yang menelan belanja RM3.9 juta itu mempamerkan aksi berahi dan babak seks grafik.

Berlatar belakangkan zaman Dinasti Ming, filem itu mengisahkan seorang lelaki muda, selepas diperkenalkan dengan dunia erotik seorang aristokrat, menyedari bekas isterinya adalah cinta sebenar hidupnya.

Aktres porno Jepun, Yukiko Suo dan Saori Hara membintangi filem itu.

Menurut penerbitnya, Stephen Shiu, filem itu mula ditayangkan di Taiwan Jumaat lalu dan turut mencetuskan minat di kebanyakan pasaran di Asia, termasuk Jepun dan Korea Selatan, serta Eropah dan Amerika Syarikat.

Memandangkan permintaan yang menggalakkan, versi filem itu yang lebih panjang akan diedarkan beberapa minggu lagi, kata Stephen kepada wartawan. Menurutnya, penonton boleh melihat babak jenaka lucah sepanjang 15 minit dalam versi panjang itu.

Agensi pelancongan dilapor menganjurkan lawatan untuk menonton filem itu ke Hong Kong dan Taiwan untuk pelancong dari tanah besar China.

Peraturan ketat menghalang tayangan filem berkenaan di negara itu.

‘3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy’ ditayangkan lebih awal daripada rancangan penerbit filem lain untuk menghasilkan filem porno 3D serupa.

Pengarah Itali, Tinto Brass mengumumkan hasratnya untuk menghasilkan semula filem erotik lama, Caligula dalam bentuk 3D sementara Hustler merancang menerbitkan filem porno Avatar. - AFP

* Sumber

Video : - ( siNi ) Jangan ketik jika anda di bawah umur..

*** Hikayat Merong Mahawangsa sudah main kat aStro first.. dalam HD pun ada..



11 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 22 April 2011 pada 10:23 PG  

macam2 jenis citer le sekarang ni

Akulah Pak Lan 22 April 2011 pada 11:01 PG  

Blogwalking:

Bila nak masuk malaysia agak?

shaffique 22 April 2011 pada 11:02 PG  

tengok cerita blue ramai2x. memang bagus sangat la tu. haha.


My latest entry : Maksud Sebenarnya Logo-Logo Popular Di Dunia

Aku Anak Pahang 22 April 2011 pada 11:15 PG  

Ralit juga tengok citer slow2 gitu yak :)nampok peluru nampok alor :)

Relevan 22 April 2011 pada 11:21 PG  

* @ AAP.. AOk buka Chanel mana ni Sin?..haha!

* @ Shaffique..memang bagus '' Lemoh pala lutut ..

* @ Oreo Hitam..sikit masa lagi sampai lah kat Malaysia tu..

* @ Sharinginfoz.. tu makin rosak sekarang nih..

Unknown 22 April 2011 pada 12:24 PTG  

ERM,KALAU DAH PORNO TU,FILEM APA PON TAK LEH LAWAN.HOHO

Farah MR 22 April 2011 pada 12:34 PTG  

hmmmm..perlu ka buat filem macam tu..yang x leh blah tu orang beratur nak tengok..adoi..

azzey 22 April 2011 pada 3:38 PTG  

Saya pon perasan yg citer HMM dh ada kat ASTRO FIRST smlm..cepat kannnnn..:)

Cik SHiNJU 22 April 2011 pada 8:41 PTG  

Smpai gak ke pasaran Malaysia tu sok..
Tp pasaran gelap jelah...Org besor2 boleh tgk
terang2,pggil wartawan..org kecik2 jangan..kang kena tangkap..

RABUN 23 April 2011 pada 6:09 PG  

manteliti manusia akhir zaman....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP