GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 18 April 2011

Video : puting beliung landa Tushka, Oklahoma Amerika


* SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma, kelmarin.


RALEIGH: Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia.

Gabenor Carolina Utara, Beverly Perdue mengesahkan kematian di empat negeri tetapi masih belum tahu jumlah sebenar manakala stesen televisyen ABC melaporkan 141 puting beliung sudah melanda kali ini.

Terdahulu di Raleigh, lebih seorang terbunuh manakala penyelamat cuba mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan.

Di Gloucester, tiga terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila puting beliung ranapkan kawasan pantai sementara pegawai rasmi mengumumkan banjir kilat berdekatan Waynesboro menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua lagi hilang.

Perdue berkata, 62 puting beliung besar melanda kawasan itu sejak Mac 1894 apabila sistem pengesan ribut mengesan 22 puting beliung di Carolina Utara dan Selatan menyebabkan 57 maut dan mencederakan ratusan lain.

Serangan puting beliung terbesar melanda Amerika adalah pada 3 hingga 4 April 1974 apabila 307 orang terbunuh selepas 148 puting beliung ‘menyerang’ 13 negeri.

Mekanik di kedai tayar di Raleigh, Utara Carolina, berkata beliau berlindung dalam traknya semasa ribut melanda manakala rakan sekerjanya berhimpit dalam bilik penyimpanan.

“Ia ribut menggerunkan. Bumbung bergegar dan terus diterbangkan,” kata Bryan Jackson. – Reuters/AP

* Sumber

Video : -

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  18 April 2011 pada 8:30 PG  

bala Allah SWT

Sharinginfoz 18 April 2011 pada 9:02 PG  

semoga kita dapat ambil iktibar

Aku Anak Pahang 18 April 2011 pada 10:31 PG  

Kalau nya lalu kat tempat kita tak de benderlah.. mintok dijauhkan juga.

abu muaz 18 April 2011 pada 10:37 PG  

tentera Allah kalau menyerang tak terlawan kita.

al-mankaraqi 18 April 2011 pada 10:47 PG  

apa kabor bang? banyok2 puting, ini la dia puting yang paling bahaya yak.......

Relevan 18 April 2011 pada 10:59 PG  

* @ al-mankaraqi ....... puting soket ..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP