Pencemaran udara sejak era Firaun
Tweet
Kesan teruk dikesan pada mumia Mesir
KAHERAH: Masyarakat Mesir purba mungkin menghadapi masalah pencemaran udara yang teruk, sama seperti yang berlaku sekarang, lapor jurnal LiveScience.
Walaupun punca pencemaran tidak sama dengan pencemaran zaman ini, kesan ke atas tubuh tidak banyak berbeza dan dalam banyak kes, ia menyebabkan kematian.
Akhbar Daily Mail melaporkan, seorang pelajar ijazah lanjutan bioperubatan di Universiti Manchester, England, Roger Montgomerie berjaya menemui zarah tercemar dalam tisu paru-paru 15 mumia berasingan, termasuk golongan bangsawan dan pendita agama.
Zarah yang ditemui mempunyai kaitan dengan pelbagai penyakit zaman moden termasuk penyakit jantung dan barah.
“Saya berpendapat kesannya kurang berbanding era moden, tetapi perbezaannya tidak begitu jauh. Memang aneh apabila anda memikirkannya, apabila kita melihat begitu banyak pembakaran bahan api fosil dan pencemaran yang berlaku sejak revolusi industri,” katanya.
Beliau berkata, mumia yang dikajinya datang dari semua peringkat masyarakat Mesir. Sebilangan mereka adalah pekerja yang hidup kira-kira 1,800 tahun lalu di sebuah kawasan terpencil dikenali Oasis Dakhleh, manakala yang lain dari kelas atasan dan pendita.
“Setiap kelompok masyarakat mempunyai tahap pencemaran tersendiri dan ia tidak membabitkan hanya satu kumpulan sosial,” katanya.
Daily Mail menyatakan adalah dipercayai bahawa peningkatan industri dan pembakaran bahan api fosil menjadi punca peningkatan zarah tercemar di dalam udara.
Masyarakat Mesir purba hanya terbabit dalam industri kecil, tetapi penduduknya memasak, bekerja di sektor pembuatan barangan logam dan perlombongan, semua aktiviti yang boleh menjadi punca pencemaran udara.
Iklim Mesir yang panas dengan gurun dan ribut pasir, mungkin menjadi punca zarah tercemar naik ke udara sebelum dihidu penduduknya.
Dalam usaha untuk membuktikan sumber zarah terbabit, Montgomerie membakar beberapa sumber bahan api yang digunakan penduduk purba Mesir sebelum mengumpulkannya.
Beliau juga mengumpulkan pasir di kawasan arkeologi dan membandingkannya dengan zarah yang ditemui di dalam paru-paru.
Hasilnya, Montgomerie mendapati, penyakit paru-paru bukan saja masalah kesihatan yang dihadapi rakyat Mesir purba.
Awal bulan ini, satu siasatan ke atas 44 mumia, seorang daripadanya puteri yang meninggal dunia pada 1550 SM, mendedahkan bahawa mereka menghadapi masalah arteri menjadi keras, penyakit yang dikenali ‘atherosclerosis’. – Agensi
* Sumber
*KEADAAN mumia yang ditemui dalam pelbagai stail.

1 Merujuk kepada perkara diatas :
Sallam,
Agaknya orang dulu2 pun ada kilang kut,
dari situlah berlaku pencemaran, atau pun terdedah kepada pembakaran terbuka. Wallahualam.
Catat Ulasan