GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 28 Julai 2011

Pusingan kedua kelayakan piala Dunia 2014 | Berjuanglah habis-habisan!


* Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempat meluangkan masa bersama pemain skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam

PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.

''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

* Sumber Utusan Online



2 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 28 Julai 2011 pada 8:04 PG  

yeaaahhh..... Gomo Harimau Malaya Gomo

jeragang 28 Julai 2011 pada 8:06 PG  

harimau yang sakit biasanya mengaum lagi ganas harap hanya misai jer tercabut bukannya taring.... kalau dah patah kuku bawa gi zoo jer... waduh berjaunglah menjulang namamu itu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP