GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 19 Julai 2011

Remaja bercumbu awal pagi


* PASANGAN berasmara di Taman Esplanade Tanjung Api menjelang awal pagi.

Kawasan terlindung Taman Esplanade Tanjung Api medan lepas nafsu

KUANTAN: Taman Esplanade Tanjung Api, di sini, yang baru dibuka beberapa bulan lalu kini dicemari dengan kehadiran pasangan remaja menjadikan beberapa kawasan terlindung di taman rekreasi itu untuk melakukan maksiat menjelang awal pagi walaupun taman berkenaan berhampiran masjid.

Malah, lebih memalukan apabila ada segelintir mereka dikatakan sanggup melakukan maksiat di kawasan berbatu dan tiang konkrit di jeti terapung kawasan masjid berhampiran taman berkenaan atau menceroboh bot nelayan di sekitar taman rekreasi itu.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Li, berkata ramai nelayan di kawasan itu terserempak dengan pasangan remaja yang sedang bercumbu terutama ketika awal pagi antara jam 2 pagi hingga jam 5 pagi.

"Selalunya pada waktu berkenaan, keadaan taman rekreasi itu agak lengang dan tidak ramai pengunjung kecuali kaki pancing dan pasangan berkenaan memilih lokasi yang gelap dan terlindung untuk berpelukan dan bercumbuan dengan pasangan masing-masing.

"Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di sebalik tiang konkrit di jeti terapung serta kawasan batu di hujung taman ini yang terletak berhampiran masjid," katanya.

Namun, katanya, ada juga pasangan yang terdesak dan melakukan aksi tidak senonoh itu di tempat lebih mudah dilihat iaitu dengan duduk bersandar di antara lantai konkrit dan batu pemecah ombak kerana sudut berkenaan juga terlindung dan gelap.

"Ada individu pernah menemui kondom dalam tandas masjid sehingga pihak pengurusan masjid terpaksa mengunci pagar selepas lewat malam bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

"Segelintir nelayan di sini juga mengadu pernah melihat pasangan remaja terbabit keluar daripada botnya di jeti berkenaan pada awal pagi dan tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu selepas menyedari kehadiran kami," katanya.

Seorang lagi nelayan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa lokasi itu menjadi pilihan segelintir pasangan remaja melakukan maksiat sejak taman rekreasi itu dalam pembinaan lagi dan kebanyakan mereka dipercayai orang luar.

"Kami tidak berani menegur tindakan mereka itu kerana bimbang golongan berkenaan akan membuat khianat terhadap peralatan menangkap ikan atau bot yang ditinggalkan di kawasan jeti memandangkan sebahagian mereka datang secara berkumpulan sebelum berpecah dengan pasangan masing-masing.

"Tambahan pula kebanyakan nelayan di sini juga bukan orang tempatan,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menangani perkara itu bagi mengelak taman rekreasi itu terus menjadi tumpuan maksiat.

* Sumber Berita Harian Online



3 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  19 Julai 2011 pada 1:23 PTG  

herm kat kuantan ni memang banyak tempat melepak... terutama malam2 minggu... maka ramailah pemuda pemudi yang bermadu asmara.... harap pihak berkuasa membuat pemeriksaan di tempat2 seperti ini....

nurhamizatulzullraooh 23 Julai 2011 pada 4:45 PTG  

ptutnya phak bkuasa@bwajib prlu mmantau kwsan tsbut&amik tindkn yg swjarnya..bkn kata kuantan je bahkn tmpt lain mcm 2 jgk smuanya sama klu ada psangn kksih yg wat pkara xsnonoh mcm 2..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP