GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 19 Julai 2011

Rempuh pesawat ke kediaman ibu


* Konrad Schmidt flew the aircraft directly through the first floor bedroom window Photo: EPA

ZURICH: Seorang lelaki maut selepas kapal terbang dipandunya sengaja merempuh kediaman ibunya, semalam.

Beberapa minit sebelum kejadian, mangsa menghubungi ibunya dari pesawat sambil bertanya: “Adakah ibu ada di rumah? Saya hanya hendak singgah sebentar!” Konrad Schmidt, 47, yang memandu pesawat itu terbang atas kediaman ibunya sebanyak tiga kali sebelum terbang dengan laju dan merempuh rumah berkenaan di Oberhallau.

Mayat Schmidt ditemui di bawah sisa runtuhan rumah itu. Ibunya, Rosemary, 68, terselamat kerana dia berada di ruang bawah tanah rumah berkenaan ketika serangan bunuh diri itu dan dirawat kerana mengalami kejutan. Saksi memberitahu polis tiada kemungkinan kejadian itu adalah satu kemalangan.

Menurut seorang jiran, Schmidt yang menganggur sudah lama bermusuhan dengan ibunya. “Mereka tidak sependapat mengenai banyak perkara.” Schmidt lebih banyak dibesarkan oleh ibunya dan selepas perkahwinan ibu bapanya musnah, dia begitu hampa. Dia menyalahkan ibunya atas perpisahan mereka, manakala bapanya berpindah keluar dan mati akibat penyakit kanser tidak lama selepas itu. - DM

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP