GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 3 Ogos 2011

Bekas model Playboy hidup disara kerajaan


* Tracy Harrison

WILLENHALL, Britain - Seorang bekas model majalah bogel Playboy yang pernah hidup mewah di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS) kini terpaksa tinggal di sebuah rumah kerajaan dan menerima elaun pengangguran £50 (RM241.28) seminggu untuk menyara kehidupannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Model seksi berkenaan, Tracy Harrison pernah menerima bayaran £40,000 (RM193,027) untuk satu sesi foto dan hidup dalam kemewahan sejak dia berhijrah ke Los Angeles ketika berusia 21 tahun.

Harrison, 46, pernah tinggal di sebuah kapal layar mewah di Monaco selama 15 tahun bersama teman lelakinya selepas dia meninggalkan California, AS.

Namun, wanita itu kini menganggur dan tinggal di rumah kerajaan tempat dia dibesarkan di sini.

Wanita itu memberitahu, dia telah menjual semua barang kemasnya untuk menyara kehidupannya sejak pulang ke Britain beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dia gagal memperoleh pekerjaan sejak empat tahun lalu.

"Sebaik sahaja pihak majikan mengetahui tentang kisah silam saya, mereka tidak mahu mengupah saya," katanya. - Agensi

* Sumber kosmo! Online



3 Merujuk kepada perkara diatas :

alongxp 3 Ogos 2011 pada 12:36 PTG  

ni la bersenang2 dahulu, bersusah2 kemudian, kuasa Allah kan?die nak bg senang ke susah,tu kehendak die...

Mr J 23 Oktober 2011 pada 9:20 PTG  

'barang 2nd hand memang murah harganya'...tu saja yang dapat diungkap kan..hargai la hidup muda anda...jgn mcm minah ni, dah tak laku pulak..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP