GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 3 Ogos 2011

Khairul Fahmi Che Mat putus tunang | Pulang cincin


KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



10 Merujuk kepada perkara diatas :

Ardini Humaira 3 Ogos 2011 pada 7:19 PG  

huuu...
terburu2 betul kfcm buat cemni

Liza @ Adzriel AB 3 Ogos 2011 pada 7:45 PG  

tak kan dia nk datang jugak kot. nanti menangis dua2 pulak. nak putus tapi hati tak rela sebenarnya. berat dugaan hati diaorang ni.

Hana teen top 3 Ogos 2011 pada 7:49 PG  

kenapa boleh mcm tue..apa lah fahmi nie...huhu.....

Tanpa Nama ,  3 Ogos 2011 pada 9:05 PG  

biasa la tu putus tunang,yg dh kawin pun boley cerai berai alahh setakat putus tunang pun nk kecoh...jodoh beb....jodoh!! bukan ketentuan kite,sesuatu yg berlaku ade hikmah d sebaliknya,kalulah jodoh boley ditentukan oleh diri sendiri..fr sure aku pun nk kawin ngan anak Raja...tp anak Raja Brunei laa...hahaha

Tanpa Nama ,  4 Ogos 2011 pada 12:37 PG  

patut ye law dia x stuju ape yg elia tuh buat, bawak lah berbincang. bukan ye orang lain, bakal isteri dye jugak.. law skang pon tak leh berunding, inikan pulak bila dah berkahwin.. so, naseb la dorang putus skang. law dah kahwin nanti, tah ape jadi ye..

ROJAK 26 April 2012 pada 8:35 PG  

kerul apek ni kan banyak peminat pmpuan jadi apalah yang nak disedihkan sangat

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP