GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 September 2011

Gambar : Kereta unik Pink Panther dilelong


* KERETA Panthermobile yang direka khas untuk filem Pink Panther boleh menjadi milik anda menerusi lelongan dalam talian 14 Oktober ini. - AGENSI

MANCHESTER 14 Sept - Kereta asal Pink Panther dikenali sebagai Panthermobile yang muncul dalam filem tahun 1960-an dan 1970-an akan dilelong secara talian sehingga 14 Oktober ini yang dianggar boleh mencecah jualan melebihi 114,000 euro (RM479,000).

Direka oleh Jay Ohrberg yang juga mencipta kereta untuk filem Knight Rider, Back To The Future (Delorean) dan Batman (Batmobile) pada tahun 1966, Panthermobile akan dilelong bersama dengan replika kereta dari filem Chitty Chitty Bang Bang.


Panthermobile pernah bertukar tangan sekali sahaja sebelum ini sejak dibina pada tahun 1969.Ohrberg menjual kereta itu semasa jualan lelong pada tahun 2007 dan memperolehi kira-kira 100,000 euro (RM420,000).Menurut firma lelongan, Panthermobile perlu dibaik pulih.

"Pada masa ini, enjin kereta tersebut tidak bernyala tetapi ia dipercayai berfungsi apabila dijual pada tahun 2007," ujar firma itu. - Dpa

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP