Awas ! Perokok mudah cepat pekak
Tweet
NEW YORK – Remaja perokok dan ibu yang merokok semasa mengandung antara golongan berisiko besar mengalami masalah pendengaran serta memahami apa diperkatakan, menurut kajian di Amerika Syarikat (AS).
Penyelidikan pasukan pakar perubatan Universiti Yale terhadap 67 remaja mendapati mereka yang merokok menghadapi masalah menumpukan perhatian dan mentafsirkan bunyi apabila terdapat sebarang gangguan.
Selain itu, hasil imbasan otak, pengkaji mendapati terdapat perubahan kepada bahagian putih otak yang bertanggungjawab dalam menghantar maklumat.
Kajian itu diterbitkan dalam majalah terbaru, New Scientist.Remaja yang merokok didapati menjadi golongan yang banyak menghadapi masalah di bahagian putih otak berdasarkan imbasan otak.
Kajian selanjutnya berdasarkan ujian komputer yang meminta mengenal pasti perkataan selain gangguan imej visual atau bunyi bising sampingan.
Sebahagian besar lelaki perokok yang diuji kaji akan mendapat 77 peratus betul manakala mereka tidak merokok memperoleh 85 peratus betul.
Bagi wanita pula nisbahnya 84 peratus kepada 90 peratus.Menurut ketua penyelidik, Leslie Jacobsen, individu terbabit menghadapi masalah pendengaran apabila terdapat gangguan contohnya situasi ramai bercakap dan banyak perkara yang perlu dilakukan. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan