GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 3 Oktober 2011

Kelibat pocong atas bukit


* POCONG...imej makhluk didakwa pocong oleh penduduk dirakam di sebuah rumah yang terbiar.

SENAWANG: Beberapa penduduk di Taman Jasmin Indah, di sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong di atas sebuah bukit di kawasan perumahan berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang penduduk, Ahmad Surathi, 41, yang mendakwa melihat kelibat makhluk itu sekitar jam 12 tengah hari. Menceritakan detik menakutkan itu, Ahmad berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di kawasan atas bukit berhampiran rumahnya sering dilihat sedang ‘bermain’ dan merenung tajam ke arahnya.

Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong itu yang gelap selain ia didakwa hanya merenungnya saja.

“Sejak saya pindah di kawasan perumahan itu sejak enam tahun lalu, ini bukan kali pertama saya melihatnya, malah sudah lali hingga menganggapnya seolah-olah ‘penduduk’ kawasan perumahan ini juga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, pernah dia membawa rakannya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam semata-mata untuk melihat pocong itu.

“Pocong itu menunjukkan diri hingga menyebabkan rakan saya itu serik untuk datang ke rumah saya lagi dan demam selepas melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia sebenarnya seorang yang sukar mempercayai benda pelik sebegitu tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.

“Malah, beberapa penduduk di sini, selalu melihat kelibat berkenaan sedang meloncat di kawasan bukit itu dan tangki air,” katanya. Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.

Malah dakwanya, anak saudaranya berusia tujuh tahun pernah merakamkan gambar pocong sedang berdiri di pekarangan rumah tinggal yang terbiar di kampungnya di Tampoi, Johor, baru-baru ini.

“Ketika itu, anak saudara saya bermain menangkap gambar menggunakan kamera telefon bimbit ibunya, dan secara kebetulan menangkap gambar makhluk itu sedang berdiri merenung rumah tinggal itu,” katanya. 

“Kebetulan, rumah itu sudah lama ditinggalkan dan berdekatan dengan kawasan perkuburan, terkejut anak saudara saya dan terus demam apabila melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat tubuh putih memandang ke arah rumah lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk berkenaan adalah betul atau ia perbuatan segelintir remaja nakal,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Taman Jasmin Indah, di sini, sebagai makhluk Allah Taala.

“Makhluk ditemui lelaki itu mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk. Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

* Sumber myMetro



3 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 3 Oktober 2011 pada 10:43 PG  

Pocong kayu aje tu gayanya hehehe...

Jo Qusary 3 Oktober 2011 pada 2:16 PTG  

Apsal aku tgk gambo pocong tu mcm tiang kayu kena balut kain cadar asrama je?

Tanpa Nama ,  9 Oktober 2011 pada 4:08 PTG  

siap ada kesan lipatan kat kain nya tu mcm baru je...ini kerja budak nakal lah ni kalau nak wat celah malam takut kena kacau ngan yg real lak ...adui ...Wallahuaklam...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP