GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 4 Oktober 2011

Lengan murid lebam dicubit ustazah


* ROSMAWATI melihat kesan lebam pada lengan Sarifah Amirah akibat dicubit seorang ustazah di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.

Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

“Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



3 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 4 Oktober 2011 pada 9:18 PG  

Ustazah xkan cubit kalau patuh arahan dia...
Aduyaiii...cubit manja jer tu, nak suh aok pandai...

senyumm 4 Oktober 2011 pada 10:22 PG  

ntahnye..klu sy pun sy cubit..anak awak degil ,tu pasal ustazah cubit..kwn sy sek dulu kena hantuk kepala kat blackboard ngn guru india ngajar BI sbb x buat homework,xde bnd pun.sy ustazah jugak,sape degil memang kena.guru2 nak anak murid pandai.mak ayah sekalian,kalau x syg anak x pyhlah antar gi sek.ngjar sendiri kat umah,bkn setakat cubit,terajang pun kena sbb anak x fokus mak ayah ngjar..ni lah bbdk zmn skg.rasenye kalau zmn sy sek dlu tunjuk lebam gini ke mak,mak bagi tambah lebam sebelah tu.hahaha

mdfaizal 4 Oktober 2011 pada 11:42 PG  

aku dulu slalu je kene cubit dgn ustazah aku kt area perut sbb main masa belajar quran. smpai berbekas merah. xde hal pun.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP