GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 30 November 2011

Nazmi alami ‘masalah misteri’

* Muhammad Nazmi Faiz Mansor (tengah) membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan gol pertama pasukan negara sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain pada Kelayakan Olimpik Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna.

Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.
Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.

Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.
Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama.

Itulah yang berlaku ketika dia beraksi menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik Ahad lalu, apabila terpaksa dikeluarkan pada kira-kira 20 minit akhir perlawanan.

Masalah misteri yang membelanggu Nazmi diakui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Menurutnya, Nazmi memang mengalami gangguan misteri pada otot jika beraksi terlalu lama sehingga tidak mampu untuk menamatkan 90 minit perlawanan.

“Ia bukan masalah yang biasa dialami oleh pemain bola sepak. Malah, tidak ada pemain tempatan yang mengalami masalah sedemikian.

“Ini bukan bermakna dia tidak cukup cergas tetapi masalah kekejangan otot yang menghalang dia daripada memberikan aksi maksimum.

“Masalah ini jarang berlaku tetapi memang ada beberapa pemain terkemuka dunia yang mengalaminya,” katanya.

Menurut Kim Swee, demi memastikan bakat Nazmi dapat dikembangkan, dia mula mengatur langkah memulihkan masalah yang dialami pemain itu.

“Saya telah maklumkan kepada pihak Institut Sukan Negara (ISN) secara lisan mengenai masalah yang dialami Nazmi sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Bahrain tempoh hari.

“Masalah yang dialami oleh Nazmi boleh diatasi melalui sokongan ISN,” katanya.
Nazmi menjaringkan gol pertama pasukan negara ketika menentang Bahrain Ahad lalu sebelum akhirnya Malaysia tewas 2-3.

Tambah Kim Swee, Nazmi mempunyai masa depan cerah, sekiranya pemain itu dapat beraksi dengan baik tanpa gangguan masalah kejang otot.

“Kita harus segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami pemain ini untuk membolehkannya selesa beraksi dalam prestasi terbaiknya,” jelasnya.

* Sumber Utusan

3 Merujuk kepada perkara diatas :

paihujey 30 November 2011 pada 5:17 PTG  

la,camtu plak..takpe..cuma gunakan dia bila waktu yang terdesak je..guna dia untuk skor gol..hehe

sudikan membantu saya untuk memenangi iPad 2 dengan menekan butang Tweet, Like dan +1 di akhir entry ini..
http://paihujey.com/blog/apakah-gadget-impian-pilihan-aku/

Ihsan Khairir 30 November 2011 pada 8:00 PTG  

Dia kena byk minum air gatorade tuh, pastu stretching leklok sebelum game...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP