GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 1 November 2011

Teknik gimnastik dominasi pasukan sorak wanita


* ANGGOTA-ANGGOTA pasukan sorak Miami Dolphins membuat persembahan dalam pertandingan bola sepak Amerika melibatkan pasukan Denver Broncos di Stadium Sun Life, Amerika Syarikat pada 23 Oktober lalu.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Bukan setakat bergoyang dan melambai pom-pom, pasukan sorak masa kini perlu melakukan pelbagai gerakan sukar seperti melakukan lompatan balik kuang dan berdiri terbalik untuk menarik perhatian penonton.

Pakar-pakar kecergasan berkata, gadis yang mahu menceburi pasukan sorak itu perlu cergas seperti seorang atlet.

Mengulas mengenai perubahan yang berlaku dalam aktiviti pasukan sorak, seorang jurulatih kecergasan di sini Stacey DelPreore berkata, tidak seperti dahulu, aktiviti tersebut kini lebih banyak menampilkan gerakan gimnastik.

"Dahulu, sukan ini lebih berteraskan tarian yang diiringi sorakan untuk menaikkan semangat pemain-pemain pasukan bola sepak Amerika," kata DelPreore.

"Namun, pasukan sorak masa kini lebih banyak menampilkan aksi gimnastik.Aktiviti ini juga kini lebih mencabar dan atletik," tambahnya. - Reuters

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP