GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 12 Disember 2011

Jennifer Aniston wanita paling seksi


* Jennifer Aniston

LOS ANGELES 11 Dis. - Bintang filem Friends With Benefits, Jennifer Aniston dinobatkan sebagai wanita paling seksi sepanjang zaman.

Menerusi undian yang dilakukan laman web MensHealth.com.,pelakon yang kini sedang bercinta dengan Justin Theroux itu berjaya mengalahkan selebriti lain termasuk bintang legenda Marilyn Monroe, Madonna dan Angelina Jolie.

Pelakon berusia 42 tahun itu bagaimanapun menyangka pelakon kelahiran Perancis, Bridgitte Bardot dan aktivis wanita, Gloria Steinem bakal memenangi gelaran tersebut.

"Mereka berdua (Bardot dan Steinem) mempunyai keistimewaan masing-masing.
"Sekiranya saya perlu memilih, saya akan pilih Steinem kerana dia memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi wanita seksi," katanya.

Laman web itu turut menjelaskan karakter kelakar dan seksi yang dimiliki Aniston serta personaliti yang memukau melayakkan pelakon tersebut mendapat gelaran yang diidamkan oleh semua wanita.

Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi siri drama televisyen Friends tersebut menyatakan beliau tertarik dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang seimbang.

"Perkara yang paling seksi mengenai lelaki selain memiliki perut yang sasa ialah sikap kelakar, baik hati dan seimbang," katanya.

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP