GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 12 Disember 2011

Menguap boleh berjangkit

LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.


Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.


Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.
Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan.


Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya. Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.


Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.


Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya.


- Agensi

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Ezal R 12 Disember 2011 pada 4:51 PTG  

haha..
macam btul kajian ni..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP