GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 6 Januari 2012

Lady Gaga Ingin Jadi Pelakon Bollywood


PENYANYI dengan imej pelik, Lady Gaga (gambar) memberitahu ingin menjadi seorang pelakon di Bollywood bagi memulakan kerjaya lakonannya.
Gaga berkata, dia tertarik dengan tarian dan pakaian yang digayakan dalam filem-filem Bollywood selain merasakan produksi mereka lebih hebat daripada industri filem Hollywood.
"Saya tidak berminat untuk menjadi pelakon di Hollywood sebaliknya ingin menjadi pelakon di Bollywood kerana produksi mereka lebih gah," ujar penyanyi Born This Way itu.
Gaga pernah dilaporkan melawat India pada Oktober lalu dan kunjungannya ke negara tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan projek lakonan.
Malah dia dikatakan turut keluar bersama pelakon terkenal, Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal.
"Saya sendiri sempat menyaksikan pertunjukan Bollywood di Paris dan semakin tertarik dengan muzik dan tarian India. Saya ingin berlakon di Bollywood," ungkapnya kepadaContactMusic.com.
Tarikan Bollywood bukan baru di kalangan selebriti Hollywood kerana sebelum ini pelakon seperti Hugh Jackman, Paris Hilton dan Kim Kardashian pernah cuba untuk mencipta nama di negara tersebut.
* Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 6 Januari 2012 pada 4:37 PTG  

Puas kena blajor cakap hindustan yak :)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP