GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 7 Mac 2012

Komplikasi kaki akibat diabetes semakin serius di Malaysia




KUALA LUMPUR 7 Mac — Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes manakala 1.4 juta daripada jumlah (5.6 juta) mengalami komplikasi kaki yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai penghidap diabetes tertinggi, komplikasi kaki akibat diabetes juga sedang menuju pada tahap yang serius ketika ini dan ia perlu dibendung dari sekarang.

"Malaysia mempunyai ramai pesakit diabetes dan implikasi penyakit itu mengundang kepada penambahan komplikasi kaki yang turut dipengaruhi oleh faktor pengambilan makanan seperti nasi dan gula yang tidak terkawal.

"Ini terbukti apabila stok gula mengalami kekurangan apabila tiba musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ”Woundcheck Protease Status” di HKL di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Perubatan 1) HKL Dr. Mohammad Abdul Majid.
Dr. Harikrishna berkata komplikasi kaki merupakan luka pada kaki yang dialami pesakit diabetes yang biasanya agak sukar untuk pulih sehingga adakalanya gagal untuk disembuhkan."

BERNAMA

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 7 Mac 2012 pada 9:09 PTG  

Makanya kita semua kena ubah cara pemakanan...
Itu yg susohnye...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP