GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 12 Mac 2012

Pemenang Loteri Beri RM4.77j Kepada Rakan Baik


Matt (kanan) bersama tunangnya, Cassey memenangi loteri berjumlah 45 juta pound (RM214.76 juta). Foto EPA 
JUTAWAN Britain, Matt Topham yang merupakan pemenang loteri memberikan 1.3 juta pound kepada rakan baiknya.
Dia bersama-sama dengan Cassey Carrington, tunangnya berusia 22 tahun yang memenangi loteri berjumlah 45 juta pound sterling (RM214.76 juta) pada bulan lalu telah memberikan sedikit wang tunai kepada rakan baik mereka, Eddie Smith, yang merupakan seorang pelajar.
Matt yang berasal dari Stapleford, Notts bagaimanapun tidak memberikan sesen pun kepada ibunya, Julie yang telah berselisih faham dengannya sejak beberapa tahun lalu.
Matt dan Cassey berkawan rapat dengan Eddie, seorang pelajar jurusan pembangunan laman web sejak mereka masih remaja.
Dan selepas kemenangan Jackpot 45 juta pound sterling itu (RM214.75 juta), mereka memberitahu rakan-rakan lain mengenai bagaimana untuk merancang kehidupan rakan karibnya itu.
Matt bagaimanapun setakat ini tidak memberikan apa-apa kepada ibunya Julie, yang tidak bercakap dengannya sejak tujuh tahun yang lalu, walau pun masing-masing duduk tidak jauh antara satu sama lain.
Matt dan Cassey,22, memberitahu dengan rasa teruja kepada Eddie selepas kemenangan itu bahawa mereka akan memberinya sebanyak 1 juta pound (RM4.77 juta) di atas persahabatan mereka.
Seorang rakan pada satu malam berkata: "Ia merupakan satu isyarat yang hebat dan membuktikan Matt dan Cassey tidak berniat untuk meminggirkan rakan-rakan mereka walaupun mereka memenangi wang tunai yang cukup banyak.”
"Kedua-dua mereka merupakan rakan Eddie selama bertahun-tahun sehingga digelar sebagai 'bestest' (teman yang begitu baik).
"Apabila dia memberitahu mereka apa yang dia mahu lakukan dengan wang itu, mereka berkata akan menaikkan jumlah itu kepada 1.3 juta pound (RM6.2 juta) dengan begitu sahaja.
"Matt dan Cassey juga telah berjanji untuk memikirkan cara (untuk menggunakan wang itu) dengan keluarga dan rakan-rakan yang lain.”
Pasangan itu merancang untuk menikmati wang mereka dengan membantu sesiapa yang rapat dengan mereka supaya dapat merasai kehidupan yang lebih baik.
The Sun pada minggu lalu memberitahu bagaimana Matt mengirimkan pesanan kepada ibunya agar tidak menganggu hidupnya lagi dan memberi ingatan yang Julie tidak akan berpeluang untuk melihat cucu-cucunya nanti apabila dia dan Cassey berkahwin dan mempunyai anak.
Julie, 49, berkata: "Saya mendengar tentang Matt dan Cassey memberikan wang tunai kepada Eddie dan saya berkata kepada semua bahawa mereka bernasib baik.
"Saya tidak mengharapkan apa-apa wang dan tidak mahu apa-apa. Saya hanya ingin melihat Matt sekali lagi dan meminta dia menjelaskan mengapa saya tidak diperlukan lagi dalam hidupnya.”
Sementara itu, Eddie tidak berada di rumah ibu bapanya di Bramcote, Notts.
Ayahnya, Andrew, 54, berkata: "Kami tidak mahu komen apa-apa." – THE SUN.co.uk
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP