GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 11 Mac 2012

Remaja belasah Asyraf Haziq Rosli dijel 7 tahun


Beau Isagba 
LONDON - Seorang remaja Britain dipenjara tujuh tahun kelmarin kerana membelasah sehingga mematahkan tulang rahang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli ketika bandar raya ini dilanda rusuhan tahun lalu.
Beau Isagba, 18, mengaku salah pada perbicaraan sebelum ini kerana mencederakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berusia 21 tahun itu dan menyamun basikalnya di Barking, timur bandar raya ini pada 8 Ogos tahun lalu.
Rakaman selepas Asyraf diserang yang menunjukkan dua lelaki mencuri beberapa barangan di dalam beg sandang mangsa dengan berpura-pura membantunya telah mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tersebar di laman perkongsian video YouTube.
Hakim Witold Pawlak memutuskan di Mahkamah Diraja Wood Green, utara bandar raya ini bahawa Isagba akan ditahan di sebuah institusi pemulihan belia dan dijangka dibebaskan secara bersyarat selepas menjalani hukuman selama 42 bulan.
"Saya harap hukuman ini akan mendorong mereka yang berniat jahat seperti kamu, berfikir dua kali sebelum bertindak di samping meyakinkan orang awam dan pelawat ke negara ini bahawa perbuatan seperti ini akan diberikan balasan setimpal," kata Pawlak.
Seminggu lalu, barisan juri di sebuah mahkamah di sini memutuskan dua lelaki berusia 22 tahun, John Kafunda dan Reece Donovan bersalah kerana mencuri barang-barang milik Asyraf. Hukuman terhadap mereka akan diputuskan Selasa ini. - AFP
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP