GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 8 Mac 2012

Tambah ‘koleksi’ ikut nafsu



KUALA LUMPUR: Seorang suami yang sudah cukup kuota isteri, tetapi masih mahu menambah ‘koleksi’ teman hidup hingga melanggar syariat Islam, jelas gambaran lelaki yang bertunjangkan nafsu syaitan semata-mata, sekali gus membelakangkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ajaran Islam yang indah dan terbaik tidak mengajar umatnya untuk melanggar syariat, apatah lagi penetapan had (jumlah isteri) dibuat mengikut kemampuan sebagai suami.

“Empat (isteri) yang Allah beri itu sudah cukup terbaik untuk seorang suami yang mengikut ajaran Islam, tapi ini kalau empat pun dia tak cukup, sampai boleh bernikah sehingga enam bermakna dia hanya penuhi nafsu syaitan daripada keperluan sendiri.

“Boleh jadi penyakit dah...seks mania pun iya juga. Dia melebihkan keinginannya dan keperluan dia untuk beristeri ramai, sedangkan Islam tidak menggalakkan umatnya begitu.

“Kita tak boleh membiarkan orang begini dan wajar sekali dia dihukum dengan semaksimum hukuman satunya kerana dia mempermainkan wanita selain dia juga mempersendakan agama apabila berkahwin melebihi kuota,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki berusia 50-an di Kota Bharu, Kelantan yang dikatakan licik menipu empat isterinya untuk menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam orang.

Laporan itu menyebut lelaki berkenaan didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama, malah dakwaan didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki berkenaan.

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam Awang Brahim 8 Mac 2012 pada 10:46 PG  

Bagi kat orang la ketek weh....4 ter padan dah....Lebih2 ter melampo la ter...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP