GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 8 April 2012

Dera pelajar secara seksual


MODESTO: Bekas guru di California yang menjadi berita muka depan akhbar ketika dia meletakkan jawatan untuk tinggal bersama pelajarnya yang berusia 18 tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan seksual terhadap seorang pelajar lain lebih 10 tahun lalu, kata polis.

Christopher James Hooker, 41, ditahan untuk siasatan kerana disyaki melakukan hubungan seks oral bersama pelajar bawah umur. Polis berkata, kejadian itu berlaku ekoran hubungannya dengan seorang pelajar berusia 17 tahun pada 1998 di Sekolah Tinggi Davis di Modesto, tempat dia pernah mengajar.

Hooker muncul di mahkamah semalam dan hakim menetapkan ikat jamin AS$50,000 (RM150,000) serta pelantikan peguam bela awam untuknya, lapor akhbar Modesto Bee. Dia meminta jumlah ikat jamin dikurangkan dan hakim menetapkan perbicaraan Selasa ini bagi memutuskan perkara itu.

Polis berkata, siasatan bermula selepas Hooker mengumumkan hubungannya bersama Jordan Powers Februari lalu yang menjadi muridnya di Sekolah Tinggi Enochs di Modesto.

Muncul dalam pelbagai rancangan bual bicara televisyen nasional di AS, Hooker bersama Jordan mengekalkan hubungan tanpa seks hingga pelajar itu berusia genap 18 tahun, tetapi polis menyiasat sama ada berlaku hubungan tidak wajar sebelum itu. Dalam wawancara untuk rancangan Dr Phil dan Selamat Pagi Amerika, ABC pasangan itu dilihat berpimpin tangan dan saling bertukar senyuman.

Pasangan itu mendakwa ketika mereka bertemu kali pertama iaitu ketika Jordan berusia 14 tahun, hubungan mereka tidak membabitkan sentuhan fizikal hingga pelajar itu cukup umur. 

Mengikut undang-undang California pelajar perlu mencecah usia 18 tahun untuk menjalin hubungan dengan orang dewasa. Ibu Jordan, Tammie yang bersemuka dengan pasangan itu dalam rancangan Dr Phil menuduh Hooker mempengaruhi anak perempuannya.

Ekoran hubungan pasangan itu, anggota Kongres dari Modesto, Kristin Olsen mengusulkan undang-undang supaya melarang hubungan pelajar-guru walaupun pelajar sudah mencapai usia 18 tahun dan membatalkan skim saraan serta perubatan guru terbabit jika mereka disabitkan bersalah.

Menurutnya tindakan itu dapat menghalang guru menjalin hubungan dengan pelajar mereka sendiri walaupun pelajar mencecah usia dewasa. - SD

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP