Bapa tembak anak kerana karaoke
CALIFORNIA - Seorang warga emas dihadapkan ke mahkamah selepas berhadapan pertuduhan menembak anak lelakinya kerana menyanyi karaoke muzik country.
Hakim Mahkamah Shasta Conty pada Selasa lalu mengarahkan William Henry Oller Sr, 70, hadir ke perbicaraan cubaan membunuh dan tuduhan menyerang mangsa pada Januari lalu.
Henry dituduh menyerang dan menembak William Car Oller Jr, 50, di kediaman Car semasa anak lelakinya itu sedang menyanyikan lagu muzik country.
Menurut peguam Henry, tiada sebarang bukti menunjukkan anak guamnya sedar semasa menembak mangsa sebaliknya dia mungkin kerana berasa terancam dengan muzik yang dinyanyikan itu.
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan