Kedai seks untuk suami isteri
Tweet
KHADIJA ahmed berbual dengan seorang pelanggannya di kedai seks miliknya di Isa, utara Manama pada 19 June lalu.
MANAMA - Seorang wanita berpurdah, Khadija Ahmed, 32, membuka sebuah kedai barangan seks yang pertama di Bahrain khas untuk pasangan suami isteri.
Wanita itu berkata, dia tidak menganggap satu kesalahan untuk menjual produk seks seperti pelincir dan beraneka alat permainan seks termasuk vibrator kerana menurutnya, Islam tidak mengharamkan kenikmatan di bilik tidur.
"Ia bukan kedai seks seperti yang terdapat di Barat," kata wanita itu.
"Kedai ini bertujuan untuk membantu pasangan yang telah berkahwin dan hanya pasangan suami isteri dapat menikmati seks dengan sepenuhnya," tambahnya.
Kedai tersebut yang bernama Dar Khadija, dilancarkan secara dalam talian pada 2007 tetapi Khadija memutuskan untuk membuka perniagaan itu ekoran sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
- AFP
1 Merujuk kepada perkara diatas :
zaman dah berubah ke..
Catat Ulasan