GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 3 Ogos 2012

Badminton Olimpik 2012 London : Beregu negara ke separuh akhir


KIEN KEAT (depan) Boon Heong melangkah ke peringkat separuh akhir acara badminton semalam
HANYA selangkah lagi buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final acara badminton Sukan Olimpik 2012 di London.
Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Kashyap Parupalli dari India 21-19, 21-11 pada aksi suku akhir di Arena Wembley awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tugas getir dijangka menanti pemain No. 2 dunia itu apabila berdepan bintang muda China, Chen Long yang turut mara ke kelompok empat pemain terbaik selepas menundukkan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-16, 21-13.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei yang berjaya mencatat enam kemenangan daripada 10 perlawanan sebelum ini.
Chong Wei diletakkan sebagai sandaran utama bagi membawa pulang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.
Terdahulu, beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi cemerlang apabila turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18.
Skrip yang sama turut akan diharungi oleh Kien Keat-Boon Heong apabila mereka dijadual menentang beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng pada separuh akhir esok.
Pasangan China itu mara selepas menundukkan beregu senegara mereka, Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.
* Sumber

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP