GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 29 Ogos 2012

Durian runtuh berterusan


KUALA LUMPUR: Peneroka Felda seluruh negara terus-menerus menerima durian runtuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengisytiharkan dividen interim 5.5 sen seunit dengan semua mereka akan dibayar RM400 seorang.

Beliau berkata, lebih daripada itu, Felda juga memperuntukkan RM360.7 juta bagi membiayai 800 unit saham milik peneroka dan mereka hanya perlu membayar RM50 sebulan sehingga pinjaman tanpa faedah itu selesai selama lima tahun. “Walaupun baru dua bulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disenaraikan, mereka sudah dapat dua dividen iaitu daripada pegangan 800 unit saham dan dana amanah 20 peratus bernilai RM730 juta.

“Dividen saham peneroka berjumlah RM44 dan dana amanah pula RM356 menjadikan dividen interim RM400 yang akan mereka terima secepat mungkin.

“Manakala dengan keputusan membiayai unit saham itu pula, peneroka tidak perlu keluar wang sendiri atau membuat pinjaman bank,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kumpulan Felda di sini. Turut hadir pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu. Pengumuman itu sekali gus menolak tohmahan pembangkang yang mendakwa peneroka Felda akan rugi berikutan penyenaraian terbabit. Pembayaran dividen itu adalah tambahan buat 112,635 keluarga peneroka yang baru-baru ini menerima durian runtuh RM15,000.

Najib berkata, keputusan pembiayaan itu dibuat selepas Felda disenaraikan kerana kumpulan itu memperoleh dana besar hasil penyenaraian terbabit.

Mengenai prestasi FGV sepanjang tahun ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi syarikat itu dijangka memberi keuntungan mengikut sasaran ditetapkan.

“FGV berada pada landasan yang betul. Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit, tetapi setakat mengikut sasaran,” katanya.

Terdahulu sewaktu berucap pada majlis itu, beliau berkata, generasi kedua Felda bakal memperoleh imbuhan durian runtuh RM5,000 pada Oktober ini.

“Dengan itu pemberian durian runtuh sehingga fasa tiga selesai, kita tepati janji,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada 112,635 peneroka, isteri dan anak masing-masing membabitkan peruntukan RM1.689 bilion.

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP