GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Ogos 2012

Rumah pelacuran tertua mahu ditutup


MADARIPUR (Bangladesh): Tara Das berkata, dia generasi kelima dalam keluarganya yang bekerja di rumah pelacuran yang sama di Bangladesh, tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan penunjuk perasaan Islam yang mahu perniagaannya ditutup.

Bandar pelacuran di Madaripur dikatakan telah beroperasi sejak kira-kira 150 tahun lalu dan pekerja seks percaya, tunjuk perasaan yang semakin meningkat sekarang didalangi oleh syarikat pemaju yang mahu mengambil alih tanah di situ.

Bulan lalu, kira-kira 10,000 orang yang diketuai oleh kumpulan Islam, Islahe Kaom Parishad (Majlis Reformasi Kebangsaan) mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks lama dan menggesa ia ditutup dan 500 pelacur dihalau keluar.

“Sejak mereka mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, saya tidak boleh tidur. Beritahu saya di mana saya perlu pergi? Ini rumah saya dan ini pekerjaan yang saya tahu sejak saya kecil. Bantu selamatkan kami dari ketua agama ini,” kata Tara.

Rumah pelacuran itu dibuka untuk pedagang jut ketika zaman kolonial Britain. Ia adalah bangunan batu berlumut tiga tingkat dengan atap zink di tengah-tengah bandar Madaripur, 60 kilometer dari Dhaka.

 - AFP


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP