GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Ogos 2012

TV, Radio diberi sijil halal bagi elak pornografi


JAKARTA: Komisi Penyiaran Indonesia (KPID) bahagian Jawa Barat dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bersetuju untuk memberikan sijil halal kepada program radio dan televisyen bagi mencegah sebarang kandungan pornografi.

“Program TV seperti makanan. Jika makanan adalah untuk tubuh kita, maka program itu adalah untuk jiwa kita,” kata Salim Umar daripada MUI cawangan Jawa Barat.

“Kami akan menganugerahkan label halal dengan harapan program disiarkan akan memperoleh rating lebih tinggi dan lebih ramai penonton,” katanya sambil menambah program halal tidak akan mengandungi unsur pornografi.

Ketua KPID, Neneng Athiatul Faiziyah berkata, sijil seumpamanya akan melindungi penonton daripada pengaruh buruk.

“Ia telah ditetapkan dalam undang-undang penyiaran yang menyatakan program disiarkan di TV atau radio perlu mempunyai kandungan yang mematuhi nilai-nilai keagamaan,” katanya. - Jakarta Post.

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP