GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 25 September 2012

Air mani beku punca telagah



ABU DHABI: Seorang lelaki tempatan menyaman bekas isterinya kerana mencuri sperma beku untuk hamil tanpa pengetahuannya, semalam.

Menurut lelaki terbabit, tidak lama selepas berpisah, wanita Russia itu secara diam-diam melakukan proses persenyawaan dengan air maninya di sebuah klinik.

Menurut lelaki itu, mereka pernah berkunjung ke klinik berkenaan untuk menjalani rawatan kesuburan sebelum itu. Mereka berpisah kurang tiga minggu selepas berkunjung ke klinik berkenaan. Dalam keterangannya di mahkamah semalam, lelaki terbabit mengakui bekas isterinya itu hamil tetapi dia tetap berang kerana proses itu dilakukan di luar pengetahuannya.

“Saya mahukan keadilan. Apa yang berlaku tidak boleh diterima,” katanya di depan hakim di Mahkamah Rayuan Abu Dhabi.

Pasangan terbabit yang tidak dinamakan mengaku terdesak mahu mendapatkan anak selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan zuriat.

Mereka juga mengaku dua kali menjalani rawatan kesuburan tetapi gagal mendapat sebarang hasil. Disebabkan rumah tangga bermasalah, wanita terbabit kembali ke Russia dan menjalani proses rawatan kesuburan tanpa pengetahuan bekas suaminya. Lelaki terbabit berkata, apabila wanita itu kembali ke Abu Dhabi, dia memalsukan tanda tangannya dalam borang kebenaran mengambil air mani beku.

“Saya menceraikan isteri tiga minggu kemudian tanpa mengetahui dia hamil,” katanya. Dia hanya tahu bekas isterinya hamil empat bulan kemudian. Wanita terbabit turut memfailkan tuntutan bagi memaksa lelaki itu mendaftarkan nama bayi mereka dengan namanya. 

Mahkamah membenarkan permohonan itu tetapi lelaki terbabit membuat rayuan. Lelaki itu berkata, dia menyayangi anak perempuannya itu dan sedia memberikan hak sepenuhnya kepada isteri dan bayi berkenaan.

“Tetapi penipuan bekas isteri saya tidak boleh dibiarkan,” katanya. Sementara itu, hakim Khairi al-Kabbash berkata, lelaki terbabit wajar berlapang dada dan menerima kenyataan. Tambahan pula, kata Khairi, dia bersedia memberi nafkah serta hak kepada anak dan bekas isterinya.

“Kamu lelaki hebat.

“Saya faham mengapa bekas isteri kamu tidak mampu melepaskan kamu begitu saja,” katanya. - DM

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Terbakor 25 September 2012 pada 6:18 PTG  

lelaki camni bagus. walaupun dia kene tipu. tapi tanggungjawab tetap juga dia nak tunaikan

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP