Kecoh kelas tarian tiang ajar budak 6 tahun
Tweet
GAMBAR menunjukkan laman web kelab mengajar tarian tiang Up Yer Pol di Winshaw, Scotland.
GLASGOW, Scotland - Ramai ibu bapa marah apabila sebuah kelab menawarkan perkhidmatan mengajar kanak-kanak sekolah menari tarian tiang yang sinonim dengan tarian lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Tarian tiang amat popular di kalangan pengunjung kelab bogel kerana penarinya menari dalam keadaan separuh bogel atau tanpa seurat benang dengan menggerakkan tubuh badan dalam keadaan menghairahkan.
Kelab itu yang dikenali sebagai Up Yer Pol semalam memulakan kelas tersebut di Winshaw, Lanarkshire.
Seorang ibu berkata: "Pembelajaran itu dipromosikan sebagai satu cara untuk mengekalkan kecergasan. Namun, kelab itu mempunyai kaitan rapat dengan industri seks dan ia amat kotor."
Kelmarin seorang wartawan Scottish Sun yang menyamar telah diberitahu bahawa anak perempuannya berumur enam tahun boleh mendaftar ke kelab tersebut.
Walaupun terdapat ibu bapa yang marah, ketua kelab itu, Pammy Cameron menegaskan pihaknya tidak mengajar tarian lucah tetapi tarian untuk mencergaskan badan.
"Terdapat kelas gimnastik walaupun kita menggunakan tiang. Kelas itu turut dibuka untuk kanak-kanak lelaki," katanya. - Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan