Yoga bogel model cetus kemarahan
Tweet
SARA JEAN UNDERWOOD
NEW DELHI - Pengeluar majalah lucah, Playboy Enterprises mencetuskan kemarahan penganut Hindu di seluruh dunia selepas ia mengeluarkan cakera video digital (DVD) senaman yoga seorang model majalah itu dalam bogel.
Model Playboy bagi tahun 2011, Sara Jean Underwood menunjukkan pelbagai bentuk senaman yoga di atas sekeping tikar tanpa seurat benang seperti yang disiarkan dalam DVD itu.
Penganut agama Hindu mendesak agar Playboy menarik semula DVD itu.
Presiden Persatuan Hindu Sejagat, Rajan Zed menyatakan, penyalahgunaan sistem yoga oleh Playboy bagi tujuan komersial amat dikesali.
"Sara Jean Underwood hanya mahu penonton melihat aksi yoga yang dilakukannya dalam keadaan ghairah," kata Zed kepadacontactmusic.com. - Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan