GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 4 November 2012

Wanita paling kurang menipu


London: Lelaki memang berkemungkinan tinggi lebih banyak menipu apabila tinjauan mendapati golongan itu secara purata menipu tiga kali sehari atau 1,092 setahun, manakala wanita cuma berbuat demikian 728 kali setahun atau dua kali sehari. 

Wanita bohong demi beli baju baru 
Namun, keadaan berbeza apabila menyentuh usaha menyembunyikan baju baru daripada pasangan dengan 39 peratus wanita berasa perlu membohongi mengenai pertambahan baju dalam almari mereka, berbanding cuma 26 peratus lelaki. 


Laporan akhbar Daily Express melaporkan, wanita lebih berkemungkinan berpura-pura sibuk untuk mengelakkan panggilan telefon, 50 peratus mengaku berbuat demikian berbanding cuma 33.33 peratus lelaki, menurut penyelidikan Perkhidmatan Kewangan BMW. 

Sifat manusia 

Walaupun menipu menyebabkan dilema moral, Profesor Perkembangan Psikologi di Universiti Hertfordshire, Karen Pine, berkata ia adalah sifat manusia. 

“Kita rasa menipu itu sifat buruk tetapi sebenarnya kemampuan memperdaya orang lain membantu kelangsungan hidup. Nenek moyang kita perlu bersaing mendapatkan sumber dan menipu untuk mengatasi musuh,” katanya. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP