GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 22 Disember 2012

Dua Pemimpin DAP Buat Laporan Polis, Terima Surat Berisi Bahan Lucah


IPOH: Dua pemimpin DAP pada Jumaat membuat laporan polis selepas masing-masing menerima sampul surat yang mengandungi dokumen dan cakera video digital (DVD) dipercayai mengandungi bahan lucah seorang individu yang didakwa menyerupai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan dan seorang wanita.
Laporan polis itu dibuat oleh dua pemimpin DAP Perak iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar dan Adun Buntong, A.N Sivasubramaniam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, petang Jumaat.
Menurut laporan polis itu kedua-dua pemimpin DAP tersebut menerima sampulsurat yang dialamatkan kepada mereka pada 10.30 pagi.
Sampul surat yang mengandungi dokumen dan DVD lucah itu dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju ke Ibu Pejabat DAP Perak dan disampaikan oleh seorang petugas pejabat berkenaan ketika mereka berada di persidangan DUN.
Bercakap pada sidang media, Sivakumar berkata laporan polis itu dibuat supaya ia tidak menjejaskan imej speaker dan DUN Perak.
Beliau turut mendakwa pengirim pada sampul surat yang diterima beliau itu tertulis Badan Perhubungan MIC Perak.
Sementara itu, Ganesan yang ditemui di pejabatnya berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. "Saya akan melaporkan perkara itu kepada polis dan saya meminta pihak polismenjalankan penyiasatan. Saya tidak tahu tentang semua perkara ini," katanya.-BERNAMA
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP