Koo Stark Aktres simbol seks nafi mencuri lukisan
Tweet
STARK (kanan) tiba di Mahkamah Mahkota Isleworth di London semalam.
LONDON - Bekas aktres simbol seks Hollywood pada tahun 1980-an, Koo Stark menafikan dakwaan dia mencuri sebuah lukisan bernilai £40,000 (RM197,736) milik bekas teman hidupnya, Warren Walker, menurut beberapa laporan semalam.
Menurut akhbar Independent, Stark atau nama sebenarnya Kathleen Stark, 56, muncul di Mahkamah Isleworth Crown semalam dengan gaya rambut panjang dan berpakaian kelabu.
Bekas kekasih anak lelaki Ratu Elizabeth II, Putera Andrew itu dituduh mencuri lukisan minyak Anthonie van Borssom pada 21 Julai lalu.
Dia yang dilahirkan di Amerika Syarikat kini menetap berhampiran Sloane Square di tengah London dan akan kembali ke mahkamah pada 17 Jun tahun depan.
Koo Stark dalam Filem Emily tahun1976
Pada Februari tahun lepas, Stark diisytihar muflis di Mahkamah Tinggi kerana gagal membayar bil sebuah hotel mewah berjumlah £38,680 (RM191,210).
Stark yang juga seorang jurugambar menjalinkan hubungan dengan Andrew ketika dia berusia 26 tahun selepas kerabat diraja Britain itu kembali dari medan perang merebut Kepulauan Falklands di selatan Argentina pada tahun 1982.
Tentera British menang peperangan menentang tentera Argentina itu.
Hubungan mereka hanya bertahan selama 18 bulan.
Dua buah filem yang menyaksikan Stark mendedahkan tubuhnya adalah Emily dan Cruel Passion. - Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan