GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 27 Disember 2012

Info : Wanita Habiskan 2 Tahun Usia untuk Bersihkan Rumah


Satu kajian mendedahkan, Suri rumah tangga menghabiskan sekurang-kurangnya 324 jam atau hampir dua minggu setiap tahun untuk membersihkan rumah.

Para wanita pun merasa bangga, kerana ini sama sahaja mereka menghabiskan setara dengan dua tahun dari usia mereka. Seperti dipetik dari Femalefirst.

Dalam sehari, para wanita, memerlukan sekurang-kurangnya 50 minit untuk membersihan dan membereskan rumah.

Bahkan sebahagian ada yang merasa waktu itu kurang ketika menjelang hari-hari perayaan keagamaan dan tahun baru.Mereka sangat bimbang akan respon negatif dari Saudara mara atau rakan ketika bertandang dan mendapati rumah dalam keadaan berantakan.

Bahkan jika pun sudah dibersihkan, mereka tetap khuatir ini tidak memberikan rasa nyaman, kerana kurang rapi. Yang paling membimbangkan, ini akan meninggalkan cemuhan dari ibu mertua.

Kajian yang melibatkan sebanyak 2,000 perempuan menyimpulkan, 75% wanita menganggap diri mereka adalah Suri rumah tangga. Dengan 86% di antaranya menghabiskan masa yang lebih banyak untuk merapikan rumah kerana ada tetamu yang akan datang.

Lebih dari tiga perempatnya mengaku boleh membersihkan dengan cepat rumah mereka sebelum para tetamu tiba, sementara 73% yang lain sangat cepat untuk membuat lantai bilik mandi dan tandas menjadi lebih baik.

Ada juga yang mengaku terpaksa memadamkan lampu rumah ketika ada tetamu yang datang tanpa notis, hanya kerana mereka belum sempat mengemaskan rumah.

Penyelidik mendapati, waktu terbanyak dihabiskan untuk mencuci iaitu selama satu jam dan 33 minit setiap minggu, disusuli mengelap dan mengemop lantai selama satu jam dan 22 minit setiap minggu.

Untuk memberus bilik mandi diperlukan selama satu jam dan empat minit ditambah membersihkan tandas selama 44 minit setiap minggu.

Sementara untuk membersihkan almari dan laci, sekurang-kurangnya mengambil masa 50 minit setiap bulan dan 46 minit untuk membersihkan tingkap.

Dari para perempuan yang terlibat tersebut, 52% di antaranya mengaku sangat menikmati pekerjaan rumah tangga itu.

"Pekerjaan bersih-bersih tidak harus begitu memakan masa dan menjadi stres. Penyelesaian cepat, yang tidak hanya bersih tapi kelihatan bagus iaitu ketika ini menunjukkan kepada pengunjung, berapa banyak usaha yang dilakukan untuk menjaga rumah dalam keadaan yang prima dan mengesankan tetamu," ujar Ildiko Egresfalvi, jurucakap Flowers, produk penyegar toilet Bloo.

* Sumber gayahidup.inilah.com


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP