GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 28 Disember 2012

Ini dia Penyeludup dadah paling Seksi


SANCLEMENTE gemar memberikan gaya seksi di hadapan jurufoto.

PEMENANG pertandingan Ratu Kopi Colombia, Angie Sanclemente, mengimpikan kemasyhuran dunia peragaan. Namun, kerjaya model berusia 31 tahun itu berkecai di sebuah mahkamah di Argentina minggu lalu apabila dia dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan kerana peranannya dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Kejatuhan Sanclemente bermula pada Disember 2009 selepas seorang lagi model, Maria Noel Lopez Iglesias, ditangkap ketika cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires, Argentina.
Wanita berusia 21 tahun itu ingin pergi ke kawasan resort Cancun di Mexico semasa ditahan bersama sebuah beg pakaian berisi dadah kokain seberat 55 kilogram bernilai AS$3.3 juta (RM10 juta).
Model itu langsung tidak cuba menyembunyikan kokain itu kerana dia telah diberitahu tiada siapa akan menahannya di lapangan terbang. Maklumat daripada Iglesias telah menyebabkan Sanclemente diburu.
Model
Pihak berkuasa percaya Sanclemente masih berada di Argentina selepas dia meninggalkan hotel tempat dia menginap bersama seekor anjing Pomeranian yang comel.
Polis berjaya mengesan alamat anjing itu didaftarkan tetapi mendapati ia cuma sebuah gudang lama yang tidak digunakan lagi. Dia akhirnya ditangkap di sebuah hotel murah di Palermo, Buenos Aires.
Polis mendakwa Sanclemente bertanggungjawab merekrut wanita-wanita muda untuk dijadikan penyeludup dadah. Dia dikatakan hanya mengupah model-model glamor untuk membawa dadah dari negara Amerika Selatan itu ke Eropah.
Sanclemente menggambarkan model-model yang bekerja dengannya sebagai 'bidadari jelita yang tidak dicurigai'. Mereka diberitahu supaya bersikap 'mesra' tetapi bukan menjolok mata.
Model-model itu dibayar AS$5,000 (RM15,000) bagi setiap perjalanan dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan menaiki pesawat setiap 24 jam dengan membawa berpeket-peket kokain.
Dari Argentina, mereka terbang ke kawasan resort di Cancun, Mexico. Dari situ mereka bergerak ke Eropah dan Amerika Syarikat.
Sanclemente dinobatkan sebagai Ratu Kopi Colombia pada usia 21 tahun. Malangnya gelaran itu ditarik balik dua hari kemudian selepas pihak penganjur mendapati dia melanggar syarat pertandingan kerana sudah berkahwin.
Sanclemente berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1998. Lelaki itu menanggung kos pengajian Sanclemente dalam bidang kewartawanan di Universiti Barranquilla, Colombia.
Selepas bercerai, Sanclemente tinggal di Mexico selama lapan tahun. Di negara itu, Sanclemente mengambil tugasan peragaan dan menjadi pelakon televisyen.
Wanita kelahiran Colombia itu juga dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang tauke dadah Mexico dikenali sebagai The Monster tetapi mereka berpisah pada penghujung tahun 2009 kerana Sanclemente mahu membentuk kumpulan penyeludupnya sendiri.
Selepas itu, dia berhijrah ke Buenos Aires bersama teman lelaki baharunya, Nicolas Gualco, seorang warga Argentina.
Gualco dan bapa saudaranya, Daniel Monroy turut dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan atas kesalahan yang sama minggu lalu.
Sanclemente menjadikan seorang model terkenal Colombia, Natalia Paris sebagai idola. Dia bahkan mewarnakan rambutnya dengan warna perang supaya nampak serupa dengan Paris.
Paris berkahwin dengan Julio Correa, seorang penyeludup dadah yang kemudian menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa. Lelaki itu dibunuh oleh teman penyeludupnya sendiri menggunakan mesin pengisar daging.
Ibu Sanclemente, Yaneth Valencia, tinggal menyewa sebuah apartmen pada kadar AS$75 (RM225) sebulan di pinggir bandar pelabuhan Barranquilla, yang juga bandar kelahiran penyanyi pop terkenal, Shakira.
Walaupun anaknya hidup mewah, menurut seorang jirannya, rumah Valencia tidak mempunyai katil. Dia hanya tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Selepas waran ditangkap dikeluarkan ke atas anaknya, Valencia berpindah ke tempat lain.
Takut
Pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik dan aktiviti peragaan telah menarik perhatian media Argentina dan Colombia. Mereka memanggilnya narcomodelo atau model dadah.
Media juga menimbulkan tanda tanya sama ada Sanclemente benar-benar seorang ratu dadah atau sekadar mangsa cinta yang terjerumus ke dalam jenayah itu akibat pujukan Gualco.
Sebuah klip video yang dimuat naik ke Youtube menggambarkan Sanclemente sebagai La narco mas sexy atau 'penyeludup dadah paling seksi' dengan memaparkan gambar separuh bogel Sanclemente.
Semasa perbicaraan, Saclemente berulang kali menafikan dia merekrut penyeludup dadah sambil mendakwa satu-satunya kesalahan yang dilakukannya ialah jatuh cinta dengan lelaki yang salah.
"Perkara ini berlaku kerana saya orang Colombia," kata Sanclemente sebaik sahaja dijatuhi hukuman.
Dalam satu interviu dengan akhbar Colombia, El Pais semasa ditahan di penjara Argentina, Sanclemente berkata dia cuma orang biasa yang mencari peluang untuk berlakon, iaitu perkara yang gemar dilakukannya.
Bercakap dengan sebuah akhbar Colombia yang lain dia berkata: "Saya sedih, berhutang dan keseorangan. Tuhan telah memberi saya kekuatan untuk mengharungi semua ini.
"Sesuatu yang baik pasti akan datang. Saya tidak mahu menggambarkan diri saya sebagai mangsa tetapi saya telah dimalukan dan tidak dilayan seperti sepatutnya."
Peguam Sanclemente, Guillermo Tiscornia berkata anak guamnya itu takut untuk masuk ke penjara Argentina. "Dia seorang wanita cantik, dia takut dia akan dirogol di dalam penjara. Dia sudah pun menderita dari segi fizikal dan mental," ujarnya. 
- Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP