GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 Disember 2012

Kitaran Haid tak menentu bongkar rahsia


SEGAMAT: Gara-gara bimbang kisah lampaunya bersama bekas teman lelaki dijaja rakan sekolah, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa membiarkan dirinya diperkosa dua kali oleh rakan lelaki berkenaan dalam tempoh sejam, 19 November lalu.

Dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam itu, mangsa dikatakan diperkosa suspek di rumah keluarga mangsa di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, usaha mangsa menutup tragedi itu daripada pengetahuan keluarganya gagal apabila terpaksa memaklumkan kejadian itu kerana bimbang hamil selepas haidnya tidak menentu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, keluarga mangsa kemudian membuat aduan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat sebelum suspek ditahan di rumah keluarganya, petang kelmarin dan kini direman bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mendakwa mengenali suspek setahun lalu ketika belajar bersama di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa pada hari kejadian, suspek datang ke rumahnya dan mengajak melakukan hubungan seks, namun menolak permintaan itu.

Katanya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek didakwa mengugut menjaja kisah lampau mangsa dengan bekas teman lelakinya kepada orang lain jika terus menolak permintaan itu.

“Mangsa mendakwa terpaksa membiarkan dirinya diperkosa suspek kerana tidak mahu kisah lampaunya dijaja. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan mangsa sudah diarah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Segamat,” katanya.

* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP