GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 Disember 2012

Virus HIV bantu selamat budak hidap leukemia ?


Stephan Grupp merawat Emily Whitehead (kiri) di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia. - AGENSI


NEW YORK 12 Dis. - Sekumpulan doktor di Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang hampir mati akibat menderita penyakit leukemia dengan menerajui penggunaan virus HIV yang diubah suai.

Menurut doktor di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, mereka mengambil keputusan melakukan eksperimen itu pada Februari lalu ekoran kanak-kanak itu, Emily Whitehead, tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup selepas dua tahun menderita penyakit itu termasuk menjalani kemoterapi dan diserang penyakit itu sebanyak dua kali selepas itu.

Dengan bantuan virus HIV genetik yang diubah suai, sekumpulan doktor itu mengubah sel imun badan kanak-kanak itu menjadi kuat dan mampu mengalahkan leukemia.

Whitehead adalah kanak-kanak pertama dan seorang daripada beberapa orang yang diberikan rawatan yang dikenali sebagai terapi CTL019 itu, tetapi pihak hospital menegaskan bahawa kaedah itu masih belum lagi boleh dianggap 'ubat ajaib'.

Dalam rawatan itu, sistem sel imun badan semula jadi Whitehead pada mulanya dikeluarkan dan virus HIV yang diubah suai digunakan untuk membawa gen baru yang akan merangsang sel imun badan dan membantu mengesan serta menyerang sel kanser.

"Akhir sekali, sel imun baru itu akan kembali melakukan tugasnya seperti biasa," menurut hospital itu di laman web mereka.

Pakar onkologi pediatrik, Stephan Grupp yang menjaga kanak-kanak itu berkata, proses rawatan itu tidak berisiko menyebarkan AIDS kerana virus HIV yang diubah suai itu telah diasingkan daripada sebarang virus yang boleh menyebabkan penyakit.

Keluarga Whitehead, Kari dan Tom memberitahu hospital, kejayaan itu telah mengubah kehidupan mereka kerana berbeza dengan kemoterapi yang membuatkan anak mereka keguguran rambut, dia kini kembali ke sekolah, berjalan dengan anjingnya dan bermain bola sepak. - AGENSI

* Sumber Utusan

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP