GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 4 Januari 2013

Cerita seorang Lelaki yang mencari Nafkah menjual Pelukan


JACKIE SAMUEL mengakui dia pernah digelar pelacur gara-gara bisnes pelukannya itu.


JACKIE SAMUEL, 29, memiliki cara tersendiri untuk mencari nafkah iaitu dengan menjual pelukannya yang berharga AS$70 (RM172) sejam.
Dengan jualannya itu, Jackie boleh mendapatkan hampir AS$320 (RM787) sehari dan dalam sebulan, dianggarkan kira-kira 30 lelaki sudah mendapatkan khidmat pelukan Jackie itu.
Dengan pendapatannya yang cukup lumayan itu, Jackie mampu melanjutkan pelajaran dan menyara anak lelakinya.
"Pelanggan saya pula mempunyai pelbagai ragam, bahkan tidak kurang juga ada antara mereka merupakan warga tua dan veteran perang. Tetapi jangan sekali-kali fikir mereka boleh melakukan perkara di luar batasan disebabkan perkhidmatan yang saya tawarkan ini.
"Saya meletakkan peraturan ketat. Khidmat ini hanya boleh dilakukan di kediaman saya di Rochester, New York, Amerika Syarikat dan pelanggan dilarang sekeras-kerasnya menyentuh bahagian tubuh yang ditutupi pakaian," ujarnya.
Bisnes menjual pelukan ini ternyata memberikan pulangan yang lumayan. Bahkan, Jackie juga perlu menggajikan seorang pekerja untuk membantu jika pelanggan meminta pelukan berganda.
"Berpelukan sangat menyihatkan jiwa dan raga. Ia sangat menyenangkan.
"Saya rasa pelanggan yang datang memiliki pelbagai macam alasan. Ada pelanggan yang lebih tua, biasanya isteri mereka sudah meninggal dunia dan mereka ingin seseorang bersama mereka sahaja.
"Bagi pelanggan yang lebih muda pula biasanya mengalami masalah dalam hubungan dengan kekasih manakala selebihnya sekadar mahu merasai apa yang dimaksudkan dengan perniagaan ini," beritahu beliau.
Walaupun pelanggan dikenakan syarat ketat, perniagaan yang dijalankan Jackie juga mendapat kritikan daripada masyarakat.
"Ada yang menyatakan, apa yang saya lakukan jauh lebih buruk daripada seorang pelacur disebabkan mereka berfikir, berpelukan jauh lebih intim daripada melakukan hubungan seksual," tambahnya.
Namun, sesetengah pelanggan berpendapat perniagaan yang dilakukan Jackie itu demi menyara hidup serta membesarkan anaknya.
Salah seorang pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Tim memberitahu, pelukan Jackie sangat membantunya melalui perceraian yang baru dialami. Dia turut menggambarkan sesi pelukannya bersama Jackie berupaya mengurangkan terkanan.
"Tiada elemen buruk dalam hal ini. Apa yang dilakukannya bukan perbuatan tidak bermoral," bela Tim.
* Sumber


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Cordelia 4 Januari 2013 pada 8:11 PG  

Hebat sangat pelukkan dia tu, pantang ada kelebihan sikit, terus aje dijualnya..

Ciara Cordelia

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP