GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 22 Januari 2013

Gigit Anak sampai Mati kerana disangka kerasukan Ular


TOKYO - Seorang lelaki Jepun berusia 53 tahun ditangkap kerana dipercayai telah menggigit anak lelakinya sendiri hingga mati. Lelaki bernama Katsumi nagaya itu beralasan, ia gigit anaknya demi menyingkirkan seekor ular yang telah merasuki anaknya itu. Demikian lapor media Jepun.

Anaknya yang bernama Takuya nagaya (23 tahun) diserang Katsumi di Okazaki City, Jepun, Jumaat (18/1/2013) lalu. Penyelidikan setakat ini telah mendedahkan bahawa korban berulang kali diserang, termasuk dengan serudukan kepala dan gigitan.

Ketika Katsumi ditangkap, beberapa laporan menunjukkan, dia mengaku kepada polis bahawa ia melakukan pembunuhan demi mengeluarkan ular yang telah merasuki anaknya.

Menurut stesen TV Asahi, Takuya, yang tinggal di dekat kota Anjo, berada di rumah orang tuanya pada Khamis larut malam. Ia dipercayai mula berkelakuan kasar dan tidak menentu. Ia memberi tahu orang tuanya bahawa ia adalah seekor ular.

Ibunya yang bimbang lalu memanggil ayah Takuya untuk membantu. Sang ayah kemudian mula memukul anaknya demi menyingkirkannya dari "ular" yang telah mengambil alih fikirannya.

Serangan itu nampaknya terus berlangsung hingga Jumaat malam. Ketika tubuh Takuya lemas, ia lalu dilarikan ke rumah sakit. Namun, pemuda itu meninggal di rumah sakit akibat luka-lukanya.

Sejauh ini belum ada penetapan tarikh persidangan kes itu. Namun, nampaknya kesihatan mental si tertuduh perlu diperiksa sebelum kes itu dilanjutkan ke persidangan.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP